SEJARAH SEKOLAH

 

SEJARAH SEKOLAH

SMK Pangkalan TLDM Lumut mula beroperasi pada 1 Januari 1983 dengan bilangan pelajar seramai 260 orang. Kos perbelanjaan sebanyak RM 600,000.00 diperuntukkan untuk membina sekolah ini yang mengambil masa dua tahun untuk disiapkan. Pada permulaannya SMK Pangkalan TLDM terdiri dari sebuah blok bengkel (Blok A), kantin (Blok B) dan dua buah blok kelas (Blok C) dan pentadbiran (Blok D). Sekolah ini dinamakan berdasarkan lokasinya yang berada dalam kawasan Pangkalan TLDM Lumut.

 

Sekolah ini terletak dalam daerah Manjung dan bandar yang paling hamper ialah Lumut yang jaraknya 5 km. SMK Pangkalan TLDM Lumut mempunyai keluasan 12 hektar. Pada awalnya sekolah ini beroperasi dengan sesi pagi sahaja yang melibatkan hanya tingkatan satu dan dua sahaja. Pada tahun 1999, kelas dua sesi dibuka dan pada tahun 2010 kembali kepada satu sesi. Yang mana dua blok baru bangunan iaitu Blok E dan Blok F mula dibina pada tahun 2008 bagi menampung pertambahan bilangan murid, di samping sebuah lagi blok kelas bagi Pendidikan Khas. Mulai tahun 2017, sekolah juga dalam proses pembinaan sebuah dewan tertutup bagi memenuhi keperluan masa kini.

 

Dari segi pentadbiran, pengetua pertamanya ialah En. Zaimi bin Ngah Kidi (1983 – 1985) dab pengetua kedua ialah En. Amir Hamzah. Terdapat juga bekas pengetua sekolah ini yang yang berjaya menjawat jawatan tertinggi dalam Kementerian Pendidikan Malaysia seperti Tan Sri Alimuddin bin Haji Mohd Dom (1989 – 1990) sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, En. Ibrahim bin Jusoh sebagai Ketua Jemaah Nazir dan En. Salleh bin Sudin (1997 – 2002) juga En. Suhaimi bin Ramli (2014) sebagai Pegawai Pelajaran Daerah. Sehingga kini, sekolah telah diuruskan oleh 15 orang pengetua termasuk yang terkini Tuan Haji Noor Izzuddin.